Event : Reunion IKMSP 2009

Kisah lama - lokasi : Restaurant Nelayan Titiwangsa


Selepas 10 thn. meninggalkan institut kemahiran mara sg. petani (IKMSP)... Kami -The Organizer Team(Mai-president dan ajknyer Sukmat, Lynn & E-zie) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan reunion bagi mengumpul seberapa ramai bekas pelajar IKM batch 1995-1997... Bagi merelisasikan apa yg dirancang menjadi kenyataan... Kami telah mengadakan beberapa kali perjumpaan antaranya... Perjumpaan pertama di PAVILLION, merupakan titik pemulaan reunion ini... Beberapa location telah dipilih sebagai tempat bagi mengadakan majlis ini... Antaranya Grand seasons hotel KL, restaurant tupai2, Bora Ombak, Restaurant nelayan Titiwangsa dan lain2 lagi...

Pada mulanya, organizer team telah bersetuju untuk mengadakan di Grand seasons, dan setelah di keluarkan invitation... Dari segi kos nya mungkin agak membebankan kengkawan yg berminat untuk menghadirinya... Akhirnya, kami telah menukarkan lokasi ke Restaurant nelayan titiwangsa dimana kos nyer dapat dikurangkan sebanyak 50% dari sebelumnya..

Selepas itu kami teruskan lagi perjumpaan ke 2 yang di lokasi cadangan bagi meninjau tempat dan membincangkan apakah tindakan seterusnya yang harus dilakukan... Penyediaan dari segi marketing invitation dan graphic, sourvenir dan lain2 lagi perlu disediakan oleh organizer team...

Akhirnya, pada 04 July 2009 : Jam 06.00 ptg : Bertemakan 'Merah + Putih' : Bertempat di Restaurant Nelayan Titiwangsa Kuala Lumpur.... Bermulalah detik Reunion IKMSP 2009 yang lebih kurang 1 bulan di bincang + 3 ker 4 thn dirancangkan... Dengan sokongan kengkawan dapat juga kami berkumpul termasuk juga senior kitaorang pun join sekali... Bertambah happening lah majlis ini... Walaupun sibuk dalam membuat preparation sebelum ini, terasa amat berbaloi apabila melihat majlis ini berjaya... Terima kasih buat semua yang hadir dan buat mereka yg x dapat hadir kerana ada hal yg x dapat di elakkan tu... semoga kita akan dapat berjumpa di lain masa..

Sekian, Terima kasih.... Sedikit gambar pada hari reunion buat tatapan......

* photography by ez-interface...